Thursday 14 July 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK PAYA RAWA 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG ADALAH HARI MEMANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH PIHAK WARIS DAN MURID-MURID..LIHATLAH KEMERIAHAN PADA HARI TERSEBUT...HEHEHE


















Thursday 30 June 2011

Cara-cara membina blog

Cara Membina Blog
Langkah 1
Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Taip http://www.blogspot.com/ untuk melayari laman utama Blogger.
Langkah 2
Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan  tekan 'sign in' untuk log masuk.

Langkah 3
Terus klik pada butang Daftar Diri untuk Blogger' seperti yang telah dipaparkan.  Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'papar nama' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai.  Klik butang 'teruskan'.

Langkah 4
Klik pada ‘create your blog now’ untuk teruskan

Langkah 5
Pilih nama yang sesuai untuk dibuat blog address(URL). Klik teruskan.


Langkah 6
Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda.


Langkah 7
Proses membuat blog anda telah selesai. Anda boleh memulakan blog anda.

Sunday 19 June 2011

ICT Pemangkin Kemajuan Negara

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna.Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan danpentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teller automatik(ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar